Wanita Sebagai Pejuang Dan Serikandi

Tidak dinafikan tugas utama wanita di dalam rumah adalah sebagai ibu dan isteri. Namum demikian Islam tidak menghadkan setakat itu sahaja. Mereka harus bergiat diluar rumah setelah selesai tugas di dalam rumah. Kadangkala ia menjadi tugas yang wajib seperti jururawat dan doktor wanita yang bertugas membantu kaum wanita yang hendak bersalin.

Seseorang wanita itu boleh dikatakan serikandi dan pejuang apabila tugas mereka dapat menolong sesama insan sedaya upaya untuk menegakkan hukum-hukum Allah yang wajib dan yang sunat.

Segala hukum yang ditegakkan hendaklah merangkumi beberapa perkara berikut :

  • Dengan niat yg betul

Niat yg betul bertetapan dengan ajaran Islam, umpamanya seorang wanita membuka kedai runcit untuk menolong keluarga dan orang-orang miskin. Niat yang salah ialah untuk bermewah-mewahan dan bermegah-megah.

  • Dilaksanakan dengan betul

Diceburi bidang itu dengan perkara-perkara yang halal, seperti berniaga tidak terlibat dengan riba, pergaulan  bebas dan sebagainya.

  • Perkara-perkara yang dilakukan tidak bertentangan dengan Islam

Perkara-perkara yang diniagakan adalah halal dan tidak syubhat atau haram. 

  •  Tidak meninggalkan ibadah asas

Contohnya dalam berniaga, dia tidak meninggalkan solat lima waktu, puasa, berzakat dan menunaikan haji.

 

Serikandi itu adalah wanita yang berjaya dalam bidang yang diceburinya tanpa mengenepikan ibadah sebagai wanita Islam. Mereka berjaya dalam kerjayanya untuk memajukan umat Islam. Dengan kejayaannya mereka tidak mengenepikan adab dan syariat sebagai wanita Islam.

Kejayaan itu bukan terletak pada lantangnya suara mereka di gelanggan politik, tanpa haluan tetapi mereka dapat menyedarkan masyarakat betapa perlunya kejayaan umat Islam ini untuk terus maju dan berjaya dlm semua bidang termasuk kejayaan cara mereka berfikir untuk terus menghayati Islam dan membentuk serta mendidik jiwa Islam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELUARGA & BERKELUARGA

Tengok pada tajuk, rasa-rasa apa yang kita fikir ??? Tentu fikir kahwinkan 🙂  Siapa tak nak kahwin…tambah2 yang umur baru nak mencecah 20 an mula la nak mencari pasangan…katanya…dah cukup umur…walaupun pemikiran tentang tanggungjawab perkahwinan belum mengerti sepenuhnya…bukan semua orang tetapi ada peratusannya…

Masa muda-muda dulu (masa kecil belum matang :-D) saya masih ingat lagi, bila orang tanya nak kahwin? Saya jawab tak nak kahwin. Sebab fikir nanti perut jadi buncit (mengandung) hahaha…=)) ^-^ Sekarang kira dah matang la umur pun masih lagi muda.. 😛 fikir tentang kahwin tu untuk kita memanjangkan zuriat kita dan terutamanya meramaikan umat kita umat Islam. Kat blog ini saya huraikan serba sedikit tentang perkahwinan walaupun sebenarnya bab2 ni panjang setiap huraiannya. Segala yang tercatat di bawah ini adalah melalui pembacaan saya dan juga rujukan ketika belajar dahulu 🙂

Keluarga

Mula dibentuk adanya penyatuan di antara lelaki dan perempuan. Dari sebuah keluarga lahirnya sesebuah masyarakat. Untuk menjamin kebahagian dan ketenteraman hidup sesebuah masyarakat sangatlah perlunya diadakan suatu sistem perkahwinan yang kemas dan teratur. Oleh yang demikian Islam telah mengadakan suatu peraturan kahwin yang kemas dan teratur untuk memastikan dapat menjamin kehidupan manusia dan sesuai dengan kejadian tabi’i mereka yang semula jadi.

Perkahwinan

Perkahwinan lahir dari sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan dengan manusia lain. Allah telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul. Perkahwinan yang suci akan memancarkan  perasaan saling cinta, kerjasama, tanggungjawab dan terbitlah kebahagian yang diidamkan.

(p/s : Nikmatnya perkahwinan itu 🙂 )

Erti nikah@kahwin menurut bahasa ialah kumpul atau himpun dan menurut istilah syarak ialah satu perjanjian (akad) yang menggunakan perkataan nikah atau kahwin bagi menyatukan lelaki dengan perempuan untuk mengharuskan pergaulan dan menghalalkan persetubuhan dengan mengikut peraturan-peraturan tertentu.

Tujuan dan hikmat kita kahwin antara lainnya:

  • Dapat memenuhi perasaan semula jadi yang memang ada pada tiap-tiap manusia dengan cara yang diredhai oleh Allah.
  • Dapat memelihara diri dari terjerumus ke dalam perzinaan dan kejahatan yang boleh merosakan pekerti manusia yang tinggi.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Wahai para pemuda, barang siapa di antara kamu ada yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah, kerana sesungguhnya berkahwin itu dapat, menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, sebab berpuasa itu sebagai benteng (dapat menahan nafsu)”

  • Mendapatkan zuriat yang soleh dan solehah. Dengan memiliki anak yang soleh ibubapa akan mendapat pahala yang mengalir dalam kuburnya berkat doa anak-anak.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Apabila seseorang manusia telah meninggal dunia, putuslah semua amalnya kecuali tiga sahaja, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa untuknya”

Sekumpulan orang perempuan datang menghadap Rasulullah s.a.w untuk minta nasihat dari beliau.

  • Rasulullah s.a.w bersabda : “Setiap perempuan di antara kamu yang melahirkan tiga orang anak, maka mereka (anak-anak itu) akan menjadi penghalang dari api neraka”. Perempuan-perempuan itu bertanya : “bagaimana kalau melahirkan dua orang anak?”. Rasulullah s.a.w. menjawab “Ya, dua orang anak pun demikian juga”.
  • Melahirkan generasi yang baru dalam meneruskan perjuangan umat Islam.

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Berkahwinlah kamu agar dapat melahirkan  keturunan. Sesungguhnya saya akan berbangga pada hari kiamat jika kamu menjadi umat yang teramai (daripada umat-umat lain) ”.

Allah s.w.t. berfirman : Ertinya:

“Tuhan telah menjadikan dari kamu itu pasangan suami isteri dan dari pasangan suami isteri itu pula lahirnya anak-anak dan cucu-cicit (keturunan yang banyak)” (Q.S. An.Nahl, 72).

  • Gandaan pahala & berkat
  • Ibadah orang yang berkeluarga dan dengan ibadah orang yang tidak berkeluarga adalah berbeza disegi pahalanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Dua rakaat yang dilakukan oleh orang berkeluarga lebih afdal daripada tujuh puluh rakaat orang yang hidup membunjang”.

  • Melengkapkan iman

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila seseorang hamba telah berkahwin, ia telah melengkapkan separuh agamanya, dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah      untuk memenuhi kekosongan sebahagian lagi”. (H.R.Al-Baihaqi)

Tatacara Perkahwinan (peranggan yang menarik hati 😉 )

Sebelum berkahwin kedua-dua calon suami dan isteri mesti mengambil langkah-langkah yang perlu supaya pernikahan yang akan dijalankan berjaya mencapai matlamatnya. Di antara langkah itu ialah dengan :

  1. Mencari sifat-sifat atau ciri-ciri yang dituntut pada kedua-dua pasangan
  2. Melihat bakal tunang
  3. Meminang

Memilih calon

Sabda Rasulullah s.a.w : “Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka ambillah wanita yang taat kepada agama kerana kamu akan beruntung”.

Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan kelebihan2 yang akan diperolehi oleh seseorang yang berkahwin lantaran kerana agama dan juga keburukan orang yang berkahwin semata-mata kerana mengharapkan harta, kecantikan dan juga kebangsawanan (pangkat, gelaran).

Sabda Rasulullah s.a.w : “Barang siapa yang berkahwin dengan seseorang wanita kerana hartanya dan kecantikannya, nescaya Allah akan melenyapkan harta dan kecantikannya. Dan barang siapa yang berkahwin kerana agama nescaya Allah akan kurniakan padanya harta dan kecantikan”.

“Barang siapa yang menikahi seseorang perempuan  semata-mata kerana hartanya, nescaya tidak akan bertambah kekayaannya, sebaliknya kemiskinan yang akan diperolehinya”.

“Barang siapa yang mengahwini seseorang perempuan kerana kebangsawanan (status) nescaya Allah tidak akan menambahnya kecuali kehinaan”.

Meminang

Disunatkan meminang terlebih dahulu bagi seseorang lelaki yang hendak mengahwini seseorang wanita dan dibenarkan melihat wanita tersebut sebelum ke jinjang pelamin supaya dia dapat menghadapi perkahwinan itu dengan jelas serta terang.

Diriwayatkan oleh Jabir daripada Rasulullah s.a.w “ Apabila seseorang daripada kamu ingin meminang seseorang perempuan dan kamu berupaya melihatnya yang boleh mendorong kamu untuk menikahinya maka lakukanlah”.

Menentukan Mahar

Mahar pada istilah bererti sesuatu yang diberikan oleh lelaki (suami) kepada bakal isteri sebagai tukaran atau jaminan bagi sesuatu yang akan diterimanya dari diri isteri itu. Mahar adalah hak isteri. Banyak atau sedikit mahar itu bergantung kepapa kehendakdan kemahuan isteri. Sebaliknya apabila isteri tidak menuntut apa-apa maka hilanglah kewajipan memberinya.

Ijab dan qabul

Perkara yang menjadi pokok utama perkahwinan itu ialah kesediaan dan persetujuan kedua pihak untuk menjalin hubungan antara mereka. Kesediaan dan persetujuan ini memerlukan pengungkapan yang menyatakan kebulatan hati untuk menjalin hubungan tersebut. Maka ijab adalah keinginan untuk mengadakan hubungan perkahwinan manakala qabul adalah kesediaan untuk menerima keinginan tersebut.

Walimah

Walimatulurus adalah berkumpulnya khusus tentang makan dalam majlis perkahwinan untuk para undangan dan hukumnya adalah sunat muakkad. Tidak digalakkan mengadakan secara besar-besaran dan bercampur aduk dengan perkara yang bertentangan dengan syarak.

♥Sebelum berkahwin ada lagi syarat2 nya… 😀 seterusnya…kita kupas sedikit♥

sumber gambar : muhtarsuhaili.wordpress.com

Hukum Nikah

Dalam Islam pada dasarnya adalah harus tetapi dalam keadaan2 tertentu hukum ini akan bertukar kepada hukum-hukum yang lain seperti sunat, haram, makruh dan juga wajib.

  • Wajib   :           Apabila seseorang itu cukup syarat, mampu dan keinginannya sangat tinggi untuk beristeri kerana ditakuti boleh membawa kepada perzinaan.
  • Sunat   :           Berhajat, cukup syarat dan berkemampuan sedangkan kalau ia tidak berkahwin pun ia masih dapat memelihara dirinya dari melakukan maksiat.
  • Makruh :          Tiada kemampuan, orang yang tidak berhajat kepada kahwin seperti tidak ada keinginan nafsu samada disebabkan faktor semula jadi atau perkara seperti mati pucuk, terlalu tua atau    sebagainya.
  • Haram :           Apabila seseorang itu tidak mampu, tidak cukup syarat, tidak bertanggungjawab (berkahwin semata-mata untuk mengkhianati perempuan tersebut).
  • Harus :             Mereka yang tidak mempunyai apa-apa dorongan untuk berkahwin dan tidak juga mempunyai apa-apa halangan untuk berkahwin.

Rukun Nikah

1. Perempuan bakal isteri

2. Lelaki bakal suami

3. Wali yang menikahkan

4. Sighah atau ijab dan qabul

5. Dua orang saksi

sekadar gambar hiasan

(p/s : setiap rukun nikah itu ada huraiannya…saya tamatkan di sini seketika waktu 🙂 akan bersambung rukun nikahnya di ruangan blog ini akan datang )

Hari Raya Aidiladha (عيد الأضحى ‘Eid Ul-Adha)/Hari Raya Haji/Hari Raya Korban

Alhamdulillah tahun ini 2009 sekali lagi kita dapat menyambut Hari Raya Korban yang mana jatuhnya pada hari bagi segala penghulu hari, iaitu hari Jumaat 27 November 2009. Hari Raya Korban disambut setiap tahun dalam bulan kalendar Islam 10 Zulhijjah.

Mungkin kita dah lupa dengan pelajaran berkenaan raya haji ketika kita menuntut di sekolah dahulu. Mari sama-sama kita ‘refresh’  😀 kembali apa pengertiaan Hari Raya Korban. Di sini saya kongsikan sedikit.

Merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.


Qurban

Ialah penyembelihan binatang yang dilakukan kerana beribadat kepada Allah pada Hari Raya Haji dan juga hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.


Hukum

1. Sunat muaakat kepada orang perseorangan yang mampu dan cukup syarat-syaratnya iaitu Islam, sampai umur dan berakal.

2. Sunat kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak melakukan sembelihan qurban ini untuk anak mereka.

3. Wajib apabila pasangan bernazar.


Waktu -waktu Qurban

Disunatkkan atau dibolehkan mulai matahari naik pada hari Raya Haji atau selepas sembahyang dua rakaat sunat hari raya beserta dua khutbah yang mengikut dan berlarutan sehingga jatuhnya matahari pada 13 Zulhijjah.


Syarat binatang yang hendak dijadikan Qurban

1. Telah mencapai umur yang telah ditetapkan :

-Unta (5 tahun)

-Lembu (2 tahun)

-Kambing (mencapai umur 1 tahun)

2. Hendaklah binatang itu sihat dan tidak cacat. Tidak boleh dibuat korban binatang yang cacat atau penyakit kecuali perkara itu berlaku setelah ianya ditentukan untuk korban contohnya seseorang membeli lembu yang mencukupi syarat untuk dikorbankan tiba-tiba binatang itu menjadi kurus atau tempang kakinya sebelum hari korban maka boleh diteruskan.


Syarat-syarat Sah Qurban

1. Binatang ternakan yang halal (lembu, unta, kerbau, kambing dan biri-biri).

2. Binatang itu hendaklah tidak cacat yang mengurangkan dagingnya.

3. Mesti cukup umur untuk dikorbankan.

4. Hendaklah disembelih mengikut waktunya (10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah).

5. Hendaklah diniatkan korban ketika menyembelih binatang tersebut.

6. Penyembelih mesti terdiri dari orang Islam (ahli kitab).


Syarat-syarat Orang yang Berqurban

1. Islam (bukan Islam tidak sah)

2. Baligh (tidak sah bagi kanak-kanak yang belum sampai umurnya dan tidak diharuskan bagi wanita melakukan qurban untuk kanak-kanak kecuali jika walinya itu adalah bapa atau datuknya dengan syarat perbelanjaan qurban itu adalah wang dari bapa atau datuknya).

3. Berakal.

4. Merdeka.

5. Berkuasa (iaitu seseorang yang hendak melakukan qurban itu mestilah mempunyai kelebihan keperluan diri dan orang dibawah tanggungannya dihari raya dan di hari tasyrik. Haram melakukan qurban bagi orang tidak berkuasa.


Sunat ketika Qurban

1. Memilih binatang ternakan yang gemuk.

2. Tuan empunya korban itu menyembelih sendiri.

3. Disembelih pada waktu siang hari.

4. Membaca bismillah ketika hendak menyembelih binatang itu.

5. Membaca takbir.

6. Membaca selawat Nabi Muhammad s.a.w.

7. Dengan menggunakan pisau yang tajam.

8. Menghadap ke arah kiblat.


Bahagian Qurban

1. Tiap seekor kambing atau binatang sebayanya adalah untuk seorang sahaja.

2. Tiap seekor lembu atau binatang sebayanya adalah untuk 7 orang (7 bahagian).

3. Tiap seekor unta atau binatang sebayanya adalah untuk 7 orang (7 bahagian).


Pembahagian Daging Qurban

Lebih afdal menyedekahkan kesemua daging kecuali kadar beberapa suap untuk dimakan sendiri yang mana terdiri dari hati, limpa dan daging. Mengikut amalan sunnah dalam pembahagian daging korban ialah 1/3 untuk diri dan keluarga, 1/3 untuk jiran tetangga manakala 1/3 untuk golongan fakir dan miskin.


Hikmat Qurban

1. Memperingati peristiwa korban yang dilakukan oleh nabi Allah Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail.

2. Melatih umat Islam supaya tidak sayang harta benda demi mematuhi perintah Allah.

3. Memberi latihan kepada umat Islam supaya sentiasa berkorban apa saja demi memperdekatkan diri kepada Allah.

4. Agar fakir miskin dapat bergembira dengan mendapat daging korban yang tidak mampu dibelinya dan dapat merayakan hari tersebut dengan tenang dan gembira.

5. Supaya dapat menghilangkan sifat dan perasaan bakhir.


Marilah sama-sama kita menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Kita tanya pada diri kita sendiri apakah pengorbanan yang paling besar yang telah kita lakukan di dalam hidup ini? Pengorbanan untuk diri sendiri? Pengorbanan untuk keluarga kita? Pengorbanan untuk agama, bangsa dan negara kita?

Dikala ini juga saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban kepada semua muslim muslimat. Semoga beroleh keberkatan dan keredhaan dari-NYA. Sesiapa yang balik kampung tu..semoga selamat dalam perjalanan pulang dan pergi. Berhati-hati di jalan raya…jangan anda dikorbankan dan terkorban di jalan raya 🙂 ingat orang tersayang.

Jangan anda menjadi sebegini...hati-hati ketika memandu...jika begini keadaanya biarkanlah hanya kambing untuk dikorbankan ketika raya korban nanti 🙂

 


Kata-Kata

“Sebaik-baik manusia adalah yang banyak memberi manfaat kepada orang lain”

Panduan & Kisah Teladan

Abu Lait berkata ” Sesiapa yang dapat menjaga dan mengingati kalimah ini, maka dia dimuliakan di sisi Allah dan malaikat serta diampunkan dosanya walaupun dosanya itu sebanyak buih di laut. Dan akan merasakan kemanisan taat dan hidup atau mati keduanya baik baginya”.

1. Apabila hendak membuat sesuatu maka mulakanlah dengan ‘Bismillah’.

2. Apabila telah selesai dari mengerjakan sesautu yang baik hendaklah membaca ‘Alhamdulillah’.

3. Kalau terlanjur mengatakan sesuatu yang tidak baik, maka hendaklah segera menyatakan ‘Astaghfirullah’.

4. Kalau hendak melakukan sesuatu esok hari hendaklah berkata ‘Insyaallah’.

5. Kalau menghadapi kesukaran hendaklah selalu membaca ‘Laa haulawalla quwata illa billahil aliyyil aziim’.

6. Apabila kita ditimpa bala musibah hendaklah kita membaca ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raaj’uurl’.

7. Setiap siang dan malam hendaklah membaca ‘Laa illaha illallah’.

Asal usul kalimah ‘SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHAA ILLALLAH WALLAHHU AKBAR WALA HAULA WALA QUWATAILLA BILLAHIL ALIYIL AZIEM’.

Ibnu Abbas r.a berkata : “Ketika Allah S.W.T menjadikan Arasy dan menyuruh malaikat memikulnya lalu malaikat cuba memikulnya dan terasa berat. Kemudian Allah S.W.T menyuruh malaikat membaca ‘Subhanallah’, sebaik sahaja membacanya maka ia terasa ringan memikul Arasy dan mereka membaca selama-lamanya”.

Ibnu Abbas r.a berkata : ” Apabila Allah S.W.T menjadikan Adam A.S. maka mula-mula yang keluar dari mulut Adam A.S. ialah bersin. Lalu Allah S.W.T mengilhamkan kepada Adam A.S. untuk membaca kalimah ‘Alhamdulillah’ lalu Allah menjawab ‘Yarhamuka Rabukka’ (kerana rahmat itulah aku menjadikan engkau)”.

Kemudian malaikat berkata : “Inilah kalimah mulia dan baik, dan tidak sepatutnya kami abaikan”. Maka digabungkan dengan ayat pertama tadi dan mereka membaca : ‘Subhanallah walhamdulillah’.

Mereka membaca demikian sehingga Allah S.W.T mengutuskan Nabi Nuh A.S. Disebabkan kaum Nabi Nuh A.S. adalah kaum yang pertama menyembah berhala maka Allah S.W.T mewahyukan kepada Nabi Nuh A.S. supaya menyuruh kaumnya membaca ‘Laa illaha illallah’ bagi mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

Lalu malaikat berkata : Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik yang tidak boleh kami abaikan : “Maka malaikat pun menggabungkan dengan kalimah yang dua itu sehingga menjadi ‘Subhanallah walhamdulillah walaailaha illallah’.

Para malaikat mengamalkan kalimah tersebut sehingga terutusnya Nabi Ibrahim A.S. Setelah terutus Nabi Ibrahim A.S., Allah S.W.T telah memerintahkan supaya Nabi Ibrahim A.S. menjalankan korban anaknya, yang mana akhirnya Allah S.W.T telah menebus anaknya Ismail A.S. dengan seekor kibas (kambing). Apabila Nabi Ibrahim A.S. melihat anaknya diselamatkan oleh Allah S.W.T dan digantikan dengan seekor kambing maka Nabi Ibrahim A.S. menyebut ‘Allahu akbar’ kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepadanya.

Para malaikat berkata : “Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar. Kemudian malaikat menggabungkan dengan kalimah yang tiga sehingga menjadi ‘Subhanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallah wallahu akbar’.

Ketika malaikat Jibrail A.S menceritakan kisah ini kepada Rasulullah S.A.W., baginda merasa kagum dan terus membaca ‘Laa haula wala quwwata illa billahil aliyil aziem’.

Kemudian Jibrail A.S berkata : “Gabungkan kalimah empat itu sehingga menjadi ‘Subhanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallah wallahu akbar, laa haula wala guwwata illa billahil aliyil aziem’.