Salam Kembali…


Hai…salam kepada semua yang pernah mengunjung blog yang tak seberapa ni dan selamat datang kepada pengunjung baru ke blog saya.

Sebenarnya agak lama saya tidak ‘update’ blog ini kerana menyelesaikan beberapa tugasan…kerja yang perlu diselesaikan…’last’ saya mengemaskini blog ini seingat saya dua hari sebelum tahun baru 2010… hehehe..🙂 agak lama jugakkan sehingga ke hari ini… 1 Februari 2010.

Apa2 pun saya akan tetap mengemaskini juga blog ini selagi termampu dan terdaya😀 . Dalam tempoh saya ‘berpantang’ dari blog seketika waktu banyak perkara berlaku dalam hidup saya . Antaranya dapat tawaran menyambung pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Bachelor Sains Pembangunan Manusia secara Pengajian Jarak Jauh (PJJ) namum keputusan yang agak membinggungkan kepala saya seketika waktu untuk memilih antara menerima tawaran itu dengan meneruskan projek perniagaan saya? Jika difikirkan kedua-duanya saya sanggup dan yakin boleh membawa ‘beban’ ini walaupun dalam bekerja. Tetapi keputusan yang saya ambil hasil dari perbincangan ahli keluarga pendapat orang ramai dan rakan-rakan seangkatan….yang agak berat jugak saya menelan pahitnya😦 … saya terpaksa menolak tawaran pembelajaran itu kerana beberapa masalah…yg bagi saya…saya tidak mahu membebankan keluarga saya kemudian hari. InsyaAllah saya percaya suatu hari nanti yang lebih baik akan saya perolehi selepas ini walaupun tawaran pengajian itu saya tolak. Agak sedih jugak..😦

Kisah hidup seterusnya…sesuatu yang luar jangkaan saya…tahun baru ini dengan ‘status’ yang baru..hahaha. Korang rasa apa? Fikir-fikirkan😀 elgnis sutats >>> sutats ____

Projek perniagaan e-commerce saya bersama rakan kongsi akan diteruskan dan kini dalam 70% siap…yang paling jugak tak disangkakan oleh saya…saya menjadi model terjun!😛 … jangan salah sangka model lain ya! sekadar model pakai cincin jer… huhuhu… so nampak tangan dengan jari jer lah…🙂 kot2 la ada peluang rezeki lepas ni mungkin jadi model baju muslimah pulak..mana la tahu kan…tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa tahu…😀

Antara coretan saya untuk permulaan tahun 2010 ini…bermula bulan Februari agak lama perjalanan ini… Yang penting setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya tersendiri. Teruskan perjalanan hidup kita ini dengan penuh kesabaran, kejujuran dan keikhlasan serta mintalah petunjuk dari NYA agar hidup kita ini diberi keberkatan dan diredhai oleh NYA. InsyaAllah. Amin…

2 Respons

  1. Ape yg berlaku ada-lah baik..teruskan berjuang ape di rancang sebelum ni.Usaha berterusan Pasti ada kejayaan.
    Sedih/kecewa/Gembira adalah sifat semula jadi kita sebangai hambaNYA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: