Kring kring kring… Selamat Menempuh Tahun Baru 2010


Kring kring kring…bunyi macam telefonkan. Memang itu la bunyi telefon๐Ÿ˜€ tetapi dekat blog ni bertaip aja…tak berbunyi…hehehe..pasal telefon pun tak ada dekat blog ni…kalau ada animasinya saya dah letakkan… Tajuk blog saya kali sebenarnya saya ingin menceritakan satu drama pendek lakonan saya sendiri, ni yang tak tahan ni bila sendiri yang menjadi heroin…fuiyooo…heronya? tak ada sebab drama hanya menggunakan telefon bimbit…๐Ÿ™‚

Nak mulakan satu cerita ketika saya berada di Melaka untuk satu program. Lewat petang sampai di Melaka dengan menaiki bas bersama-sama dengan beberapa orang rakan. Kerana sebelah petangnya tiada aktiviti yang ingin dilakukan, saya bersama rakan yang lain ke Tesco Melaka yang berhampiran dengan Melaka Sentral tu…saya ni mana pernah sampai ke Negeri Melaka itulah kali pertama…๐Ÿ˜ณ. Dalam perjalanan ke pusat membeli-belah itu, saya menerima satu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Lalu saya angkat telefon bimbit saya tu…bila saya jawab “hello” tiada jawapan dari pemanggil tetapi kedengaran suara lelaki..jeng jeng jeng.. Kali kedua pemanggil tersebut memanggil semula ke nombor handset saya…saya angkat dan hanya dengar “hello” suara lelaki yang sama macam tadi juga…hanya ucapan “hello” dan terus letak. Jiwa saya ketika ini…hurmm!! dah geram…nak main-main ke…nak marah ni…๐Ÿ˜ˆ Selepas dari itu dia menelefon sekali lagi dengan ucapan yang sama “hello”, pada fikiran saya…laki ni memang tak pandai bercakap kot..lidah pendek kot…baru belajar nak bercakap laa…๐Ÿ˜†

Selepas tiga kali saya menerima panggilan darinya, saya menerima sistem pesanan ringkas (SMS) dari no itu juga. Dalam mesej berbunyi “jangan kamu ganggu lagi teman wanita saya!! mana dia zie..???”. Bila saya baca SMS tu memeng nak tergelak rasanya๐Ÿ˜† mungkin laki yang menelefon saya tadi ingatkan saya ni orang lelaki yang telah merampas kekasih hatinya…hahaha๐Ÿ˜†. Sebanyak tiga kali dia menelefon saya mungkin kerana dia ingin kepastian adakah yang mengangkat telefon bimbit itu betul-betul perempuan (saya) atau saya hanya menyamar diri sebagai pihak untuk orang lain…hehe.. Saya tidak membalas kembali mesej tersebut hanya terus menelefon kepadanya. Apabila lelaki ini mengangkat telefonnya…apa dia jawab “maaf saya tersalah nombor”๐Ÿ˜ณ

Adusss…nasib baik tak nampak batang hidung jer dengan muka-muka tuan sekali, kalau tak malunya bukan main besar..๐Ÿ˜†

Kalau kata saya jawab dan wakil pihak lelaki lain…hehe.. “ya saya yang merampas girlfriend you…so you nak buat apa kat I? Lagi pun your girlfriend not interested dengan you” hahaha…rasa-rasa berasap telinga dia dengar๐Ÿ˜€

Moral of the story…sebenarnya banyak persoalan di sini…antaranya, saja-saja menelefon dan menghantar SMS kerana ingin memulakan perkenalan dari kesilapan yang dilakukan sebagai alasan. Mungkin juga kes penipuan dengan mencuri talian (info ini saya perolehi dari salah seorang rakan FB saya menyatakan kes sedemikian telah diwarwarkan oleh TV3 sebagai kes penipuan dengan mencuri talian telefon kita. Kredit kepada Encik Rohaizad). Kemungkinan juga kita boleh mengnggapnya sebagai gurauan atau tindakan suka mengacau orang dengan melakukan kerja yang tidak berfaedah. Tersalah gurauan atau tindakan boleh mendatangkan bahaya. Yang pasti dan sebetulnya kita perlu berhati-hati dengan keadaan sebegini.

Tahun baru 2010 bakal menjelang tiba..saya pula bersama keluarga pada hari tahun baru 01/01/2010 (Jumaat bersamaan 15 Muharram 1431H) akan bergotong-royong memasak bubur asyura (suro >>> bahasa Kelantan). Tak sabar rasanya nak mengacau bubur ni..๐Ÿ™‚ . Kepada semua saya ucapkan selamat menyambut tahun baru 2010…semoga tahun baru nanti lebih ke hadapan lagi berbanding tahun sebelumnya. Apa azam tahun baru? azam tahun ni 2009 dah settle ke? ermmm? SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010 & SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431H.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: