Burj Dubai…


BURJ DUBAI (Monument.Jewel.Icon)

Burj Dubai will be know by many names. But only privileged group of people will call it home.

burj-dubai

Bakal diiktiraf bangunan tertinggi di dunia yang masih lagi dalam pembinaan yang menelan belanja AS$20 billion (RM64.8 billion), merupakan projek berprestif di bina di tengah-tengah kawasan pembangunan seluas 500 hektar di Downtown Burj Dubai.

Pembinaannya bukan hanya menjadi bangunan tertinggi di dunia ia mewujudkan dunia aspirasi. Burj Dubai atau Menara Dubai  kelihatan berbeza bergantung kepada di mana anda berdiri. Bagi mereka yang tinggal berhampiran ia adalah satu pencapaian yang gemilang  – bukti ketara Dubai merupakan peranan utama dalam satu pertumbuhan dunia. Dalam kapital global yang lain ia satu simbol bercahaya – satu ikon baru Timur Tengah, makmur, dinamik dan berjaya. Sebenarnya, Burj Dubai adalah kedua-dua. Ia satu fakta – satu contoh yang belum pernah berlaku, kerjasama antarabangsa – dan satu simbol – satu kemajuan petunjuk untuk seluruh dunia. Menara Dubai dibina dengan perundingan rakan kongsi di Skidmore, Owings dan Merrill – merupakan peneraju dunia dalam mewujudkan struktur supertall, salah seorangnya ialah Adrian Smith yang telah banyak membina beberapa bangunan tertinggi dunia.

Burj Dubai dibangunkan oleh Emar Properties dan pengerusinya Mohamed Alabbar. EP yang turut dimiliki oleh kerajaan Dubai melalui pegangan 32.5 peratus saham mencatatkan keuntungan tertinggi daripada aktiviti pembinaan dengan separuh pertama tahun ini mencatat lebihan RM3.07 billion (AS$893 juta) hasil jalinan kerjasama pembangunan dengan syarikat Korea Selatan, Samsung dan Turner Construction untuk membina Burj Dubai.

Burj Dubai - mid construction

Burj Dubai dijangka dengan ketinggian 818 meter dengan lantai 162 pembinaan yang bermula pada 21 September 2004 dan dijangka siap pada 20 Disember  2009. Kemudahan-kemudahan yang akan terdapat dalam bangunan ini seperti :

  • Exclusive Corporate Suite Offices
  • Residential Suites
  • Four Luxurious Pools
  • A Cigar Club
  • Observation Platform
  • Restaurants
  • Library
  • Exclusive Resident’s Lounge
  • 15,000 square feet for fitness

2005

2006200720082009

Dengan pembinaan Burj Dubai, ia juga melengkapkan simbol kebangkitan baru Asia meliputi Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Barat mengatasi Taipei 101.

burjdubaiheight

Dari akhbar Utusan Malaysia, Burj Dubai direka dengan keindahan seni bina berasaskan Islam membentuk tiga tapak menyerupai abstrak bunga padang pasir. Bangunan ini membentuk beberapa ukiran Islam dengan pelan lantai yang berbentuk ‘Y’ menghadap Teluk Parsi. Ia juga direka dengan rekaan berbentuk kubah bawang iaitu senibina utama Islam. Bangunan Burj Dubai bakal menyediakan ruang pusat membeli belah terbesar di dunia, Dubai Malll dan pelantar peninjau dua tingkat di aras 124 yang akan dibuka kepada orang ramai dengan kelajuan lif elevator paling laju iaitu 18 meter sesaat atau 64 kilometer sejam. Bangunan ini juga dilengkapi dengan kemudahan hotel bertaraf lima bintang, Hotel Armani yang pertama dalam jenama Giorgio Armani. Kawasan strategi dengan pembangunan mewah dikenali “Bandar raya dalam Bandar raya” meliputi 30,000 unit rumah, Sembilan hotel, taman, 19 menara kediaman, termasuk tasik buatan manusia serta pusat hiburan terbesar di  dunia.

burj-dubai-tower

burj_dubai-skyscraper1122

Gambar-gambar menarik Burj Dubai boleh dilayari di www.burjdubaiskyscraper.com/photos.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: