Mutiara Kata


Mutiara kata atau kata-kata nasihat adalah penting untuk kita semua. Kata-kata yang bermanfaat dapat menjadi sumber inspirasi dalam kehidupan kita samada rumah tangga, percintaan, pekerjaan, dan pergaulan sehari-hari. Jadi ambillah kata-kata ini sebagai kata semangat untuk kehidupan harian kita. Agar ia dapat menghiburkan serta memotivasikan diri sendiri. Kata-kata ini saya kumpul daripada pelbagai sumber yang boleh kita jadikan sebagai kata-kata hikmah dalam kehidupan kita.

Imam Ali pernah berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab –

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya” Hadis riwayat al-Hakim.

Apabila sempuran akal, kurang perkataan. – Saidina Ali Abi Talib –

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.”   – H.R Abu Naim –

Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang – Saidina Ali –

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yang telah dicari – Saidina Ali –

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat – Khalifah Abdul Malik bin Marwan –

Nabi SAW berpesan “Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab”.

Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya – Saidina Ali –

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari  – Saidina Ali –

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda…

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.- Albert Camus –

Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu        – Aflatun –

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. – Cecil B. DeMille –

Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah -Wahab B Munabin –

Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan – Andre Colin –

Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama –

Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka – Soekarno –

Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara                          – Abraham Lincoln –

Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap – Al-Ghazali Bayruni –

Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat – Beng Tju –

Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh -Albert Einstein –

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji          – La Roche –

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. – Marcus Aurelius –

Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya – Emerson –

Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya -Stahl P.J –

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. – Harieta Wahab –

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia – Richard Brinsley Sheridan –

Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu – Pepatah Arab –

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah – Lao Tze –

Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda – Ray Kroc (Pengasas McDonalds) –

Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah         – T.S Matthews –

Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai tetapi hidup anda akan terseksa jika tidak cukup mempercayai                   – Frank Crane –

Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya – Khong Hu Cu –

Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang –Aristotle –

Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang           –  Hamka –

Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya – Voltaire –

Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya – Voltaire –

Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang – Anonim –

Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat.                        – Pepatah Arab –

Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa – Goethe –

Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela                                                    – Napoleon Bonaparte –

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.- Samuel Johnson –

Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan – Abdullah Mansur M.H –

Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu – Whittier –

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran                 – Flower A. Newhouse –

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. – William J. Siegel –

Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika tiada agama? – Benjamin Franklin –

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran – Horatius –

Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan – Mognon Me Lauhlin –

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia – Richard Brinsley Sheridan –

Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah – Rahmohan Ghandi –

Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke dalam tulang – Pepatah inggeris –

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab –

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. – Charles Cahier –

Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri         – Said Mustafa –

Menyimpang seinci, rugi seribu batu. – Peribahasa Cina –

Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu – Whittier –

Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya – John Petitsenn –

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. – Joseph Conrad –

Satu Respons

  1. Hello would you mind stating which blog platform you’re working with? I’m looking to start my own blog
    in the near future but I’m having a hard time deciding between BlogEngine/Wordpress/B2evolution and Drupal. The reason I ask is because your design seems different then most blogs and I’m looking
    for something completely unique. P.S Sorry for
    being off-topic but I had to ask!
    Lizzie

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: