Hari Ibu


Sejarah Hari Ibu terawal di mana perayaan ini boleh dikatakan untuk perayaan musim bunga Yunani purba dalam penghormatan untuk Rhea, Mother Gods. Semasa 1600 ‘s, England meraikan satu hari dipanggil ‘Mothering Sunday’. Diraikan pada hari keempat Ahad Lent. ‘Mothering Sunday’ ini menghormati para ibu England. Ketika ini kebanyakan pekerja-pekerja miskin England bekerja sebagai kuli untuk menjadi kaya. Kebanyakan pekerjaan terletak jauh daripada kediaman mereka, pekerja-pekerja itu akan tinggal di rumah majikan mereka. Pada Mothering Sunday pekerja-pekerja akan mendapat hari cuti dan mereka akan kembali ke rumah dan menghabiskan hari cuti mereka dengan ibu-ibunya. Satu kek istimewa, dipanggil ibu kek (mothering cake), kerap dibawa untuk menyambut satu festival yang meriah. Christianity ini merebak ke seluruh Eropah dan sambutan itu bertukar menjadi menghormati Mother Chruch’ – kekuatan rohaniah yang memberi mereka kehidupan dan memelihara mereka dari kecederaan. Setiap kali festival gereja diadakan Mothering Sunday akan disambut. Orang ramai mula menghormati ibu-ibu mereka sebagaimana menghormati gereja. Di Amerika Syarikat Hari Ibu pertama dicadangkan pada tahun 1872 oleh Julia Ward Howe (Penulis perkataan zikir Battle Republic) sebagai satu hari mendedikasikan keamanan. Ms Howe akan mengadakan Hari Ibu di Boston, Mass setiap tahun. Pada 1907 Ana Jarvis, dari Philadelphia, memulakan satu kempen untuk menubuh satu Hari Ibu kebangsaan. Ms Jarvis memujuk gereja ibunya di Grafton, West Virginia untuk menyambut Hari Ibu pada ulang tahun kedua kematian ibunya, pada minggu kedua bln Mei pada hari Ahad. Tahun kemudiannya Hari Ibu turut diraikan di Philadelphia.  Ms Jarvis dan penyokong-penyokongnya mula menulis kepada menteri-menteri, ahli perniagaan, dan ahli-ahli politik dalam pencarian mereka untuk menubuh satu Hari Ibu kebangsaan. Dan ia berjaya pada 1911 Hari Ibu telah disambut di hampir setiap negeri. Presiden Woodrow Wilson, pada 1914, membuat pengumuman rasmi mengisytiharkan Hari Ibu sebagai satu hari cuti kebangsaan yang akan diadakan setiap tahun pada minggu kedua Ahad bulan Mei. Manakala banyak negara-negara dunia lain menyambut Hari Ibu berbeza setiap tahun, terdapat sesetengah negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium yang juga merayakan Hari Ibu pada minggu kedua Ahad bulan Mei.

Jika kita melihat sejarah terciptanya sambutan hari ibu ini bermulanya pada fikiran orang-orang kafir/barat bukannya dibentuk dari fikiran masyarakat Islam. Tetapi kenapa kita sebagai umat Islam mengagung-agungkan sambutan Hari Ibu? Ya memang betul kita perlu dan wajib menghormati, menyayangi ibu kita sebagaimana yang telah dipelajari dan diajari oleh agama kita agama Islam. Namum masyarakat kini apabila menyambut sesuatu perayaan atau sambutan dapat dilihat hanya pada hari sambutan itu sahaja yang diraikan. Menyayangi dan memberi pujian kepada ibu bukan hanya ketika menyambut sambutan Hari Ibu tetapi berterusan dari kita dilahirkan hinggalah ibu anda menutup matanya untuk selama-lamanya bahkan semasa mereka tiada di dunia ini pun kita sebagai anak harus mendoakan dan mengirimkan doa untuk kesejahteraan ibu kita di alam barzakh dan semua ini adalah untuk hidup yang berkekalan di akhirat kelak.

Mungkin pada pandangan saya tidak salah untuk kita meraikan hari ibu ini namum janganlah sehingga melanggar hukum syarak. Pemberian hadiah kepada ibu kerana tanda kasih anak kepada ibunya. Tetapi pada mata hati seorang ibu kasih sayang dari seorang anak adalah lebih penting dari sebentuk atau sekotak hadiah. Pemberian hadiah atau apa jua kejutan pada ibu kita bukan hanya ketika sambutan hari ibu kunjung tiba tetapi tidak mengira waktu dan masa.

Sebagai umat Islam kita seharusnya pandai menggunakan fikiran yang telah dikurniakan dengan sebaik-baik ciptaan oleh Nya untuk berfikir tentang ini. Pelbagai sambutan perayaan dicipta untuk mengaburi fikiran terutamanya umat Islam kini. Seperti sambutan Valentine (Hari Kekasih) juga merupakan ciptaan orang-orang barat. Sudah dinyatakan dalam Islam, dengan cara bagaimana lagi untuk orang-orang kafir boleh merosakkan akidah umat Islam dengan cara yang lebih halus? Dan ini adalah salah satu taktik yang digunakan untuk meracunkan fikiran umat Islam terutamanya anak-anak muda zaman kini yang mudah terikut-ikut dengan trend barat.

Penulisan blog hari ibu ini adalah sebahagian daripada maklumat serta pandangan dan fikiran saya. Sejarah terciptanya sambutan hari ibu mungkin anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan lebih mendalam melalui pencarian internet. Segala kritikan cadangan dan komen pembaca blog ini dialu-alukan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: