Panduan & Kisah Teladan


Abu Lait berkata ” Sesiapa yang dapat menjaga dan mengingati kalimah ini, maka dia dimuliakan di sisi Allah dan malaikat serta diampunkan dosanya walaupun dosanya itu sebanyak buih di laut. Dan akan merasakan kemanisan taat dan hidup atau mati keduanya baik baginya”.

1. Apabila hendak membuat sesuatu maka mulakanlah dengan ‘Bismillah’.

2. Apabila telah selesai dari mengerjakan sesautu yang baik hendaklah membaca ‘Alhamdulillah’.

3. Kalau terlanjur mengatakan sesuatu yang tidak baik, maka hendaklah segera menyatakan ‘Astaghfirullah’.

4. Kalau hendak melakukan sesuatu esok hari hendaklah berkata ‘Insyaallah’.

5. Kalau menghadapi kesukaran hendaklah selalu membaca ‘Laa haulawalla quwata illa billahil aliyyil aziim’.

6. Apabila kita ditimpa bala musibah hendaklah kita membaca ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raaj’uurl’.

7. Setiap siang dan malam hendaklah membaca ‘Laa illaha illallah’.

Asal usul kalimah ‘SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHAA ILLALLAH WALLAHHU AKBAR WALA HAULA WALA QUWATAILLA BILLAHIL ALIYIL AZIEM’.

Ibnu Abbas r.a berkata : “Ketika Allah S.W.T menjadikan Arasy dan menyuruh malaikat memikulnya lalu malaikat cuba memikulnya dan terasa berat. Kemudian Allah S.W.T menyuruh malaikat membaca ‘Subhanallah’, sebaik sahaja membacanya maka ia terasa ringan memikul Arasy dan mereka membaca selama-lamanya”.

Ibnu Abbas r.a berkata : ” Apabila Allah S.W.T menjadikan Adam A.S. maka mula-mula yang keluar dari mulut Adam A.S. ialah bersin. Lalu Allah S.W.T mengilhamkan kepada Adam A.S. untuk membaca kalimah ‘Alhamdulillah’ lalu Allah menjawab ‘Yarhamuka Rabukka’ (kerana rahmat itulah aku menjadikan engkau)”.

Kemudian malaikat berkata : “Inilah kalimah mulia dan baik, dan tidak sepatutnya kami abaikan”. Maka digabungkan dengan ayat pertama tadi dan mereka membaca : ‘Subhanallah walhamdulillah’.

Mereka membaca demikian sehingga Allah S.W.T mengutuskan Nabi Nuh A.S. Disebabkan kaum Nabi Nuh A.S. adalah kaum yang pertama menyembah berhala maka Allah S.W.T mewahyukan kepada Nabi Nuh A.S. supaya menyuruh kaumnya membaca ‘Laa illaha illallah’ bagi mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

Lalu malaikat berkata : Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik yang tidak boleh kami abaikan : “Maka malaikat pun menggabungkan dengan kalimah yang dua itu sehingga menjadi ‘Subhanallah walhamdulillah walaailaha illallah’.

Para malaikat mengamalkan kalimah tersebut sehingga terutusnya Nabi Ibrahim A.S. Setelah terutus Nabi Ibrahim A.S., Allah S.W.T telah memerintahkan supaya Nabi Ibrahim A.S. menjalankan korban anaknya, yang mana akhirnya Allah S.W.T telah menebus anaknya Ismail A.S. dengan seekor kibas (kambing). Apabila Nabi Ibrahim A.S. melihat anaknya diselamatkan oleh Allah S.W.T dan digantikan dengan seekor kambing maka Nabi Ibrahim A.S. menyebut ‘Allahu akbar’ kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepadanya.

Para malaikat berkata : “Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar. Kemudian malaikat menggabungkan dengan kalimah yang tiga sehingga menjadi ‘Subhanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallah wallahu akbar’.

Ketika malaikat Jibrail A.S menceritakan kisah ini kepada Rasulullah S.A.W., baginda merasa kagum dan terus membaca ‘Laa haula wala quwwata illa billahil aliyil aziem’.

Kemudian Jibrail A.S berkata : “Gabungkan kalimah empat itu sehingga menjadi ‘Subhanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallah wallahu akbar, laa haula wala guwwata illa billahil aliyil aziem’.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: