To Yangon…Hope So…My Journey with AA

Seronoknya di Yangon!!! Tetapi jika saya dapat pergi melawat ke Myanmar…🙂. Bila lah peluang itu akan hadir dalam hidup saya???

Satu…jika saya mencuba peluang ini  “The Blog Your Way to Yangon contest “ organised by AirAsia Berhad. Siapa tak mahukan…belum cuba belum tahu..mana tau kot2 saya dapat peluang ini…dan ini akan menjadi impian pertama saya ke ‘oversea’ …🙂

Jikalau saya memenangi peluang keemasan…bukan dapat emas…🙂 tetapi dapat tiket free pergi balik ke Yangon, Myanmar …apa yang akan saya lakukan disana??? Pertama sekali bila sampai di sana..turun dari flight…luaskan penglihatan mata saya melihat pemandangan kali pertama di Yangon :D…kalau boleh melompat..akan saya melompat kegirangan..hehehe… Kedua berjalan dengan pemandangan mata ke kiri kanan atas bawah dengan tunjuk arah sudah tentu pemandu pelancong jika tidak sesat nanti saya kat sana..almaklum kali pertama datang ke negera orang…hehe… ^_^

Hari pertama di sana, pasti perjalanan dengan melihat dan meninjau pemandangan sekeliling, tidak lagi untuk membeli belah kerana melihat suasana dahulu dapat mendamaikan hati saya dan seterusnya dengan tenang dapat memikiri untuk membeli barangan apa yang menarik. Hari membeli belah dan meramah mesra orang-orang Myanmar semestinya hari seterusnya selepas hari pertama🙂

Apa yang menarik ada di Myanmar??? Sudah tentu..perjalanan percuma ini (jika saya memenanginya laa… :)) ingin menikmati kepuasan pelancongan dengan penuh nikmat…dan pulang juga dengan membawa kepuasan melancong. Sudah tentu buah tangan berharga dari sana (Myanmar) untuk orang-orang tersayang tetap dibeli sebagai kenangan kali pertama di bumi Yangon, Myanmar.

Journey with AA…very nice for me and… ‘AirAsia, Simply The Best’ !!!.

penerbangan yang terindah

penerbangan yang indah

mei…may…5

Hai semua…lama sungguh tak update my blog ni…bz ngan keje katakan..hoho..tambah pulak tak tau nk coret apa…diri sendiri punya hal banyak la…

mei…may…??? kenapa tajuk tu yang diberi??? sebab dalam bulan 5 tu banyak perkara penting. Salah satunya…hehehe…my birthday jatuh pada 4hb mei…hari selasa…siap ambil cuti lagi hari tu…dah tu direct terus cutinya sampai 6hb…tak keje la…melencong dan melancong …:D ke UUM Kedah dan ke Pulau Langkawi…hahaha…hepi2!!! …wish terbanyak dan tak penah dapat sebelum ni…wahhh!!! hebat Facebook…kena terima kasih kat Facebook…developer dia..CEO Mark Zuckerberg…hehehe…kerana dia yang mencipta mukabuku ini…dan aku pulak dapat kawan yang agak ramai jugak…sampai penat nak baca satu persatu ucapan dari rakan FB…apa nya tak..berpuluh sampai beratus wish happy birthday kat I… terharu sungguh rasanya..walopn dalam alam maya…terasa bagai ‘dekat’…ucapan itu juga sebagai doa untuk ku…alhamdulillah…

Bulan Mei ni jugak…8hb adalah jatuhnya hari lahir abangku…abang no 3… adik beradik keempat dalam senarai turutan adik beradik …ekekeke…Dan kini bulan Mei dah nak sampai penghujungnya…terasa tua pulak diri ini kalo nak habis bulan 5 ni..huhu…berapa ek umur ku tahun ni??? hehehe…masih muda…muahahaha…hanya angka jer yang meningkat…hati masih muda…🙂

Hampir hujung bulan ini…27hb Mei 2010 (Khamis) adalah hari lahir anak saudara abang long pulak…itu lah keistimewaan bulan mei…may…tajuk blog yang diberi…yosh…apa hadiah nak bagi kat anak buah sorang ni…hmmm…order jer melalui internet..senang…mudah…tunggu barang sampai kat depan pintu umah jer…🙂

Citer bulan Mei ni banyak sebenarnya…ikut diari…bulan yang paling sibuk…sibuk dengan aktiviti pelajar…bukan pensyarah pun…ahli jom kalut… =)) paling tak suka…meeting meeting meeting 5x 😦 ….naik lemah longlai badan…temujanji lagi…lantikan lagi…keje dunia…ikhlas…bekalan untuk akhirat nanti…InsyaAllah…

Apa yang menarik bulan mei ni???  bulan no nya 5🙂 no feberet….hehehe…dan anak ke 5 dalam adik beradik..diri sendiri pn dilahirkan dalam bulan 5 …aisey…kalo mama ku lahirkan aku 5hb lagi hebat…tapi ditakdirkan aku ni dilahirkan jatuh pada hari Ahad 4hb Mei 1986 ….🙂 …boleh kira umur berapa…huahuahua…

Lastly untuk mei…may…sape2 yang dilahirkan dalam bulan 5 ni…aku doakan semoga hidup kalian semua diberkati dan diredhai oleh NYA. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki…InsyaAllah…Amin… Dan diri ini mengharapkan agar perjalanan hidup dimudahkan oleh NYA dan diberi petunju ke jalan yang benar dan lurus. Alhamdulillah.

THANK YOU ALLAH…

Hempedu Simpati Dalam Persahabatan

Pahit bagai hempedu!
“Sabarlah… kawan aku dahulu sakit macam ini juga. Walaupun dia meninggal dunia, aku yakin engkau mampu mengatasinya!” seorang teman yang baik hati memberi nasihat.

Hatinya baik.

Tetapi hati yang tidak dipandu akal, menyebabkan mulut ditimpa bebal. Bercakap sesuatu dengan maksud yang baik, tetapi salah memilih perkataan.

Dia menyangka perkataannya bisa mengurangkan penderitaan teman yang diziarahi. Hakikatnya, perkataan simpati yang dilontar itu sungguh pedih dan membunuh harapan.

KANSER

“Engkau beruntung. Allah sayang engkau sebab dia peringatkan engkau yang hidup ini sementara!” kata seorang lagi.

Kata-kata perangsang yang ditujukan kepada seorang teman yang sedang bertarung dengan kanser.

Apakah yang ada di kepala teman seperti ini semasa dia berkata begitu? Apakah itu sahaja harga sebuah kematian? Bercakap tentang kematian orang lain tidak sama dengan berfikir tentang kematian diri sendiri. Kata-kata sedemikian rupa sangat menyalahi adab menziarahi orang sakit yang diajar oleh Sunnah.

ANAK MATI

“Sabarlah akhi. Kematian anak anta akan digantikan oleh Allah dengan yang lebih baik!” ulas seorang kenalan, penuh simpati.

Cuba menenangkan hati seorang teman yang baru kematian anak.

Tidakkah dia sedar makna di sebalik perkataannya itu? Bercakap sesuatu yang dirasakan mengubat tetapi sebaliknya ia amat menyakitkan hati insan yang diberi nasihat. Apakah anak yang mati itu kurang baik? Bisa digantikan dengan anak yang lebih baik?

FAHAM DERITA

Seorang ustaz yang bertugas di sebuah hospital menepuk bahu seorang lelaki.

“Saya faham penderitaan encik. Sabarlah. Mesti ada kebaikan di sebalik kematiannya!” katanya penuh yakin.

“Bukkk!!!” dia ditumbuk.

“Apa yang kau faham tentang penderitaan aku? Cakap bukan main sedap!” bentak si suami yang sudah sedia bingung dengan kematian isterinya.

MASALAH BAHASA?

Apabila kita berkata bahawa BAHASA JIWA BANGSA, ramai yang mencemuh. Kata mereka bahasa tiada kena mengena dengan jati diri dan bentuk hati. Bahasakan apa sahaja, asalkan sampai maksudnya. Tetapi semakin bahasa diperkecilkan, semakin kita jadi tidak reti bahasa. Bukan sahaja diri sendiri kehilangan banyak mutiara kehidupan kerana tidak reti bahasa, malah turut sama menyakiti setiap insan yang berhubung dengannya.

Seperti tikus membaiki labu. Makin diusahakan, makin binasa. Makin ditunjukkan simpati, makin derita insan yang menerima.

Benar sekali sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”

Bersempena dengan itu juga, kurangkanlah mengadu atau meminta simpati kepada manusia.

Mereka bukan sahaja mudah jemu mendengar kita mengadu, bahkan balasan katanya juga boleh jadi pahit bagai hempedu!

Bentangkan sejadah.

Dia Teman sejatimu…

Dari,

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com

Wanita Sebagai Pejuang Dan Serikandi

Tidak dinafikan tugas utama wanita di dalam rumah adalah sebagai ibu dan isteri. Namum demikian Islam tidak menghadkan setakat itu sahaja. Mereka harus bergiat diluar rumah setelah selesai tugas di dalam rumah. Kadangkala ia menjadi tugas yang wajib seperti jururawat dan doktor wanita yang bertugas membantu kaum wanita yang hendak bersalin.

Seseorang wanita itu boleh dikatakan serikandi dan pejuang apabila tugas mereka dapat menolong sesama insan sedaya upaya untuk menegakkan hukum-hukum Allah yang wajib dan yang sunat.

Segala hukum yang ditegakkan hendaklah merangkumi beberapa perkara berikut :

  • Dengan niat yg betul

Niat yg betul bertetapan dengan ajaran Islam, umpamanya seorang wanita membuka kedai runcit untuk menolong keluarga dan orang-orang miskin. Niat yang salah ialah untuk bermewah-mewahan dan bermegah-megah.

  • Dilaksanakan dengan betul

Diceburi bidang itu dengan perkara-perkara yang halal, seperti berniaga tidak terlibat dengan riba, pergaulan  bebas dan sebagainya.

  • Perkara-perkara yang dilakukan tidak bertentangan dengan Islam

Perkara-perkara yang diniagakan adalah halal dan tidak syubhat atau haram. 

  •  Tidak meninggalkan ibadah asas

Contohnya dalam berniaga, dia tidak meninggalkan solat lima waktu, puasa, berzakat dan menunaikan haji.

 

Serikandi itu adalah wanita yang berjaya dalam bidang yang diceburinya tanpa mengenepikan ibadah sebagai wanita Islam. Mereka berjaya dalam kerjayanya untuk memajukan umat Islam. Dengan kejayaannya mereka tidak mengenepikan adab dan syariat sebagai wanita Islam.

Kejayaan itu bukan terletak pada lantangnya suara mereka di gelanggan politik, tanpa haluan tetapi mereka dapat menyedarkan masyarakat betapa perlunya kejayaan umat Islam ini untuk terus maju dan berjaya dlm semua bidang termasuk kejayaan cara mereka berfikir untuk terus menghayati Islam dan membentuk serta mendidik jiwa Islam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Salam Kembali…

Hai…salam kepada semua yang pernah mengunjung blog yang tak seberapa ni dan selamat datang kepada pengunjung baru ke blog saya.

Sebenarnya agak lama saya tidak ‘update’ blog ini kerana menyelesaikan beberapa tugasan…kerja yang perlu diselesaikan…’last’ saya mengemaskini blog ini seingat saya dua hari sebelum tahun baru 2010… hehehe..🙂 agak lama jugakkan sehingga ke hari ini… 1 Februari 2010.

Apa2 pun saya akan tetap mengemaskini juga blog ini selagi termampu dan terdaya😀 . Dalam tempoh saya ‘berpantang’ dari blog seketika waktu banyak perkara berlaku dalam hidup saya . Antaranya dapat tawaran menyambung pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Bachelor Sains Pembangunan Manusia secara Pengajian Jarak Jauh (PJJ) namum keputusan yang agak membinggungkan kepala saya seketika waktu untuk memilih antara menerima tawaran itu dengan meneruskan projek perniagaan saya? Jika difikirkan kedua-duanya saya sanggup dan yakin boleh membawa ‘beban’ ini walaupun dalam bekerja. Tetapi keputusan yang saya ambil hasil dari perbincangan ahli keluarga pendapat orang ramai dan rakan-rakan seangkatan….yang agak berat jugak saya menelan pahitnya😦 … saya terpaksa menolak tawaran pembelajaran itu kerana beberapa masalah…yg bagi saya…saya tidak mahu membebankan keluarga saya kemudian hari. InsyaAllah saya percaya suatu hari nanti yang lebih baik akan saya perolehi selepas ini walaupun tawaran pengajian itu saya tolak. Agak sedih jugak..😦

Kisah hidup seterusnya…sesuatu yang luar jangkaan saya…tahun baru ini dengan ‘status’ yang baru..hahaha. Korang rasa apa? Fikir-fikirkan😀 elgnis sutats >>> sutats ____

Projek perniagaan e-commerce saya bersama rakan kongsi akan diteruskan dan kini dalam 70% siap…yang paling jugak tak disangkakan oleh saya…saya menjadi model terjun!😛 … jangan salah sangka model lain ya! sekadar model pakai cincin jer… huhuhu… so nampak tangan dengan jari jer lah…🙂 kot2 la ada peluang rezeki lepas ni mungkin jadi model baju muslimah pulak..mana la tahu kan…tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa tahu…😀

Antara coretan saya untuk permulaan tahun 2010 ini…bermula bulan Februari agak lama perjalanan ini… Yang penting setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya tersendiri. Teruskan perjalanan hidup kita ini dengan penuh kesabaran, kejujuran dan keikhlasan serta mintalah petunjuk dari NYA agar hidup kita ini diberi keberkatan dan diredhai oleh NYA. InsyaAllah. Amin…

Kring kring kring… Selamat Menempuh Tahun Baru 2010

Kring kring kring…bunyi macam telefonkan. Memang itu la bunyi telefon😀 tetapi dekat blog ni bertaip aja…tak berbunyi…hehehe..pasal telefon pun tak ada dekat blog ni…kalau ada animasinya saya dah letakkan… Tajuk blog saya kali sebenarnya saya ingin menceritakan satu drama pendek lakonan saya sendiri, ni yang tak tahan ni bila sendiri yang menjadi heroin…fuiyooo…heronya? tak ada sebab drama hanya menggunakan telefon bimbit…🙂

Nak mulakan satu cerita ketika saya berada di Melaka untuk satu program. Lewat petang sampai di Melaka dengan menaiki bas bersama-sama dengan beberapa orang rakan. Kerana sebelah petangnya tiada aktiviti yang ingin dilakukan, saya bersama rakan yang lain ke Tesco Melaka yang berhampiran dengan Melaka Sentral tu…saya ni mana pernah sampai ke Negeri Melaka itulah kali pertama…😳. Dalam perjalanan ke pusat membeli-belah itu, saya menerima satu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Lalu saya angkat telefon bimbit saya tu…bila saya jawab “hello” tiada jawapan dari pemanggil tetapi kedengaran suara lelaki..jeng jeng jeng.. Kali kedua pemanggil tersebut memanggil semula ke nombor handset saya…saya angkat dan hanya dengar “hello” suara lelaki yang sama macam tadi juga…hanya ucapan “hello” dan terus letak. Jiwa saya ketika ini…hurmm!! dah geram…nak main-main ke…nak marah ni…😈 Selepas dari itu dia menelefon sekali lagi dengan ucapan yang sama “hello”, pada fikiran saya…laki ni memang tak pandai bercakap kot..lidah pendek kot…baru belajar nak bercakap laa…😆

Selepas tiga kali saya menerima panggilan darinya, saya menerima sistem pesanan ringkas (SMS) dari no itu juga. Dalam mesej berbunyi “jangan kamu ganggu lagi teman wanita saya!! mana dia zie..???”. Bila saya baca SMS tu memeng nak tergelak rasanya😆 mungkin laki yang menelefon saya tadi ingatkan saya ni orang lelaki yang telah merampas kekasih hatinya…hahaha😆. Sebanyak tiga kali dia menelefon saya mungkin kerana dia ingin kepastian adakah yang mengangkat telefon bimbit itu betul-betul perempuan (saya) atau saya hanya menyamar diri sebagai pihak untuk orang lain…hehe.. Saya tidak membalas kembali mesej tersebut hanya terus menelefon kepadanya. Apabila lelaki ini mengangkat telefonnya…apa dia jawab “maaf saya tersalah nombor”😳

Adusss…nasib baik tak nampak batang hidung jer dengan muka-muka tuan sekali, kalau tak malunya bukan main besar..😆

Kalau kata saya jawab dan wakil pihak lelaki lain…hehe.. “ya saya yang merampas girlfriend you…so you nak buat apa kat I? Lagi pun your girlfriend not interested dengan you” hahaha…rasa-rasa berasap telinga dia dengar😀

Moral of the story…sebenarnya banyak persoalan di sini…antaranya, saja-saja menelefon dan menghantar SMS kerana ingin memulakan perkenalan dari kesilapan yang dilakukan sebagai alasan. Mungkin juga kes penipuan dengan mencuri talian (info ini saya perolehi dari salah seorang rakan FB saya menyatakan kes sedemikian telah diwarwarkan oleh TV3 sebagai kes penipuan dengan mencuri talian telefon kita. Kredit kepada Encik Rohaizad). Kemungkinan juga kita boleh mengnggapnya sebagai gurauan atau tindakan suka mengacau orang dengan melakukan kerja yang tidak berfaedah. Tersalah gurauan atau tindakan boleh mendatangkan bahaya. Yang pasti dan sebetulnya kita perlu berhati-hati dengan keadaan sebegini.

Tahun baru 2010 bakal menjelang tiba..saya pula bersama keluarga pada hari tahun baru 01/01/2010 (Jumaat bersamaan 15 Muharram 1431H) akan bergotong-royong memasak bubur asyura (suro >>> bahasa Kelantan). Tak sabar rasanya nak mengacau bubur ni..🙂 . Kepada semua saya ucapkan selamat menyambut tahun baru 2010…semoga tahun baru nanti lebih ke hadapan lagi berbanding tahun sebelumnya. Apa azam tahun baru? azam tahun ni 2009 dah settle ke? ermmm? SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010 & SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431H.

JEMPUTAN & SUMBANGAN

1 December 2009

Dear Sir/Madam,

INVITATION AND DONATION REQUEST FOR FUNDRAISING EVENT

On January 9, 2010, Puteri Holdings Limited in collaboration with ATAH Integrated School will be organising a charity dinner called “Malam Amal Hidayah 2010”. The details of the event are as follows:-

Date     :      9 January 2010

Venue  :      Grand Ballroom, Level 1, Mandarin Oriental, Kuala Lumpur

Time    :      8.00pm  – 11.00pm

The objective of this remarkable event is to benefit the orphans, needy, poor and less fortunate people whereby proceeds of this event will be channeled to the following welfare organisations:

  1. Madrasah Al-Yamani, Kg Bharu ( to build a Girls’ Hostel )
  2. Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat Addin  – Ibrahim & Fatimah, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak (to build a surau)
  3. Ribath Pulau Manis, Kuala Terengannu  – (to build a hostel)
  4. Akademi Tahfiz Al-Hidayah (ATAH) – (to enhance the orphanage centre and hostel)
  5. Other welfare organisations

We hope that private and government sectors as well as individuals will lend their support in contributing to this event. You can make a difference by making a donation. To sponsor or donate, please fill out the enclosed Donation Form. Cheques should be made payable to the beneficiary “ATAH EDU & SERVICES”.

Thank you in advance for your generosity. If you have any questions about this event, please do not hesitate to contact Ms. Faezah (012-2699941) or our general line 03-2161 2382.

Sincerely,

Hazleen

Project Director

Sponsorship/Donation Form

Name                                  :  ………………………………………………………………………………………

Company Name                  : ………………………………………………………………………………………

Contact No (H/P)                 :  …………………………………. (Off)     : ………………………………

Fax                                     :  …………………………………… Email    : ………………………………

I/We sincerely would like to sponsor/donate for Malam Amal Hidayah 2010 fundraising event hosted by your goodself marked as (√) below: – (Please mark the type of sponsorship/donation you wish to provide):-

Table Category No. of Table/Chair RM
Category A – VIP Table

RM10,000 per table

Category B – Standard Table

RM5,000 per table

Category C – Shared Sponsorship

RM500 per seat

Category D – Cash Donation

I have enclosed a cheque payable to ATAH EDU AND SERVICES for Malam Amal Hidayah 2010 from                                 

(bank name)                                                                           Cheque No.

P/S : For this form, please kindly email me at >>> didik_abdghani@yahoo.com

MMEC Sdn Bhd 26-1, Mezzanine Floor, Jalan Metro Pudu 2, Fraser Business Park, 55100 Kuala Lumpur.