JEMPUTAN DAN SUMBANGAN


1 Disember 2009

Kepada Tuan/Puan,

JEMPUTAN DAN MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MAJLIS MAKAN MALAM, SEMPENA PROGRAM MALAM AMAL HIDAYAH 2010

Sukacita dimaklumkan Puteri Holdings Limited dengan kerjasama Akademi Tahfiz Al-Hidayah (ATAH) akan menganjurkan Malam Amal Hidayah 2010. Program ini merupakan majlis makan malam yang akan diadakan seperti dibawah:

Tarikh         : 9 Januari 2010

Tempat        : Grand Ballroom, Level 1, Mandarin Oriental, Kuala Lumpur

Masa         : 8.00 pm – 11.00 pm

Makan malam amal yang akan diserikan dengan persembahan artis-artis terkemuka iaitu M. Nasir, Mawi, Nash dan Shazroul serta pelajar-pelajar ATAH. Objektif utama program ini adalah untuk mengumpul dana bagi kegunaan badan-badan kebajikan. Antaranya, keperluan asas serta pembangunan asrama dan surau seperti berikut:-

  • Madrasah Al-Yamani, Kg Bharu, Kuala Lumpur
  • Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat Addin – Ibrahim & Fatimah, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak
  • Ribath Pulau Manis, Kuala Terengganu, Terengganu
  • Akademi Tahfiz Al-Hidayah (ATAH), Kuala Lumpur
  • Lain-lain badan kebajikan yang memerlukan

    Kami berharap agar pihak swasta, kerajaan dan individu yang ingin menyumbang bolehlah menyalurkan sumbangan mereka melalui pembelian meja jamuan atau sumbangan berupa wang seperti tertera di lampiran. Untuk berbuat demikian, sila rujuk kepada borang yang dilampirkan. Segala sumbangan ikhlas hendaklah melalui cek berpalang di atas nama “ATAH EDU & SERVICES”.

    Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cik Faezah di talian 012-2699941 atau
    di talian 03-2161 2382.

    Keperihatinan dan sumbangan ikhlas yang dihulurkan bagi menjayakan program ini didahului dengan ribuan terima kasih.

    Yang benar,

    Hazleen

    Pengurus Projek

    Borang Sumbangan

    Nama    : ………………………………………………………………………………………

    Nama Syarikat         : ………………………………………………………………………………………

    No Telefon (H/P)        : …………………………………… (Pej)    : ………………………………

    Fax    : …………………………………… Email    : ………………………………

    Saya/ Kami dengan sukacita dan redha bersetuju menyumbang untuk program Malam Amal Hidayah 2010 anjuran pihak tuan seperti yang bertanda () berikut (sila tandakan jenis tajaan yang ingin dibuat) :-

    Kategori Meja

    Bilangan Meja/ Kerusi

    RM

    Kategori A – Meja Makan VIP

    RM10,000 satu meja

    Kategori B –
    Meja Makan Tetamu

    RM5,000 satu meja

    Kategori C –
    Tajaan Bersama

    RM500 satu tempat duduk

    Kategori D – Derma Tunai

    Bersama ini disertakan bayaran melalui cek berpalang A/C Payee dari Bank _____________No. Cek ________________, di atas nama ATAH EDU AND SERVICES untuk program Malam Amal Hidayah 2010.

    P/S : Untuk borang sumbangan tuan/puan boleh emelkan pertanyaan kepada >>> didik_abdghani@yahoo.com

MMEC Sdn Bhd 26-1, Mezzanine Floor, Jalan Metro Pudu 2, Fraser Business Park, 55100 Kuala Lumpur.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: