ORGANISMA HIDUP


Dunia disekeliling kita mengandungi pelbagai jenis organisma hidup yang berbeza dari segi cara kehidupan dan juga rupabentuk. Satu dari tujuan kajian tentang kehidupan (biologi) adalah untuk mengkaji ciri-ciri persamaan yang wujud dalam organisma hidupan ini. Hasil kajian yang dijalankan biologis mendapati bahawa semua jenis organisma hidup didunia ini mempunyai ciri-ciri persamaan tertentu termasuk;

1. Tindakbalas

Organisma bertindakbalas terhadap perubahan persekitaran. Contohnya, anda mengalihkan tangan anda apabila tersentuh pada cawan yang panas; anjing menyalak apabila bertembung dengan orang asing bukan makhluk asing dan ameba mengelongsor kearah mangsanya. Haiwan juga berkebolehan membuat perubahan bagi jangkamasa panjang sebagai tindakbalas kepada perubahan persekitarannya. Sebagai contoh, haiwan samaada akan meningkatkan pertumbuhan bulu pada badannya atau berhijrah ke persekitaran panas apabila musim sejuk tiba.

2. Tumbesaran

Sepanjang kehidupan, sesuatu organisma itu membesar di mana saiznya meningkat berikutan peningkatan dalam saiz dan bilangan sel-sel meraka. Proses ini dikenali sebagai tumbesaran. Proses ini selalunya menghasilkan perubahan dari segi bentuk fizikal dan juga fungsi. Sebagai contoh, saiz dan kebolehan fungsi badan seseorang dewasa adalah berbeza berbanding dengan seorang bayi.

3. Pembiakan

Organisma membiak bagi menghasilkan generasi seterusnya. Sebagaimana manusia, lelaki dan wanita berkahwin untuk memanjangkan keturunan (menghasilkan zuriat).

4. Pergerakan

Organisma berupaya menghasilkan pergerakan samada secara internal (pergerakan makanan, darah atau lain-lain bahan di dalam badan) atau eksternal (pergerakan dalam persekitaran luar).

5. Metabolisma dan perkumuhan

Organisma bergantung kepada tindakbalas kompleks kimia bagi membekalkan tenaga kepadanya bagi bertindakbalas, tumbesaran, membiak dan juga bagi pergerakan. Organisma juga perlu mensintesiskan bahan kimia kompleks seperti protein. Metabolisma merujuk kepada kesemua tindakbalas kimia yang berlaku dalm badan. Kebanyakan tindakbalas metabolisma ini memerlukan penyerapan sesetengah bahan daripada persekitaran. Bahan-bahan ini dikenali sebagai nutrien. Nutrien adalah punca utama tenaga. Bagi penghasilan tenaga kebanyakan sel memerlukan oksigen, iaitu gas atmosfera. Respirasi merujuk kepada penyerapan, pengangkutan dan penggunaan oksigen oleh sel-sel. Tindakbalas metabolisma juga menghasilkan bahan buangan yang perlu disingkirkan daripada bahan melalui proses yang dipanggil perkumuhan.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: